Friday, December 17, 2010

KAMPUNG


Nama saintifiknya : Gallus Domesticus ( dari keturunan ayam hutan merah Gallus Gallus )

Terdapat baka tulin ini telah dicampuri dengan ayam hutan merah diperingkat kampung dan akhirnya terwujudlah --- “ayam kampung”


Ayam kampung adalah keturunan baka luar negeri

– baka tulin , besar , dwi guna (pelihara untuk daging dan juga telur

Ayam jenis baka tulin ini dapa dilihat pada tahun 50`an dan 60 `an


Ayam kampung adalah peninggalan penjajahan

yang asli hanyalah ayam hutan
rekod sejarah (yang dikarang oleh penjajah) mengatakan ayam moden dihasilkan dari usaha kacukan menggunakan 4 baka asli ayam hutan
Ayam hutan Malaysia/Asia Tenggara (Red Junglefowl)
Ayam hutan Jawa
Ayam hutan India
Ayam hutan Sri Lanka
Usaha kacukan di Eropah, Amerika (US) banyak melibatkan baka asli dari Malaysia/Asia Tenggara

Baka-baka tulin yang dihasilkan dinegara barat adalah seperti : New Hampshire, Barred Plymouth Rock, Brown Leghorn, Sussex, Jersey, Minorca dsbnya


Ayam yang dihasilkan oleh Jepun/China ialah baka Silkies


Penjajah/saudagar/kerajaan (IKTA) membawa masuk baka tulin ke Malaysia- dipelihara di kampung


Pengaruh persekitaran yang negatif (perumahan, makanan, penyakit,pembiakan) telah mendorong kepada penghasilan generasi ayam yang bersaiz kecil, tahan lasak tetapi berproduktiviti rendah diberi nama ayam kampung

Ayam kampung bukanlah baka tetapi nama panggilan

Kini ayam kampung telah alami “evolusi” yang menghasilkan kacukan….
Pengawanan dengan “ayam gajah” menghasilkan generasi bersaiz gempal, lembab dan kadangkala leher “gondol”


Pengawanan oleh ayam serama menghasilkan generasi kenik dan “hyperaktif”

Pengawanan ayam hutan menghasilkan generasi ala hutan dan berdaging enak
“Bersekedudukan” dengan baka komersil (ayam penelur, ayam warna, kacukan kampung/warna) terus “merojakkan” lagi ciri-ciri ayam kampung
“Pengaruh” dari Golok, Narathiwat menghasilkan generasi ala siam

Kacukan ini mempengaruhi kerenah pembelian ayam kampung terutamanya dari kalangan sebahagian kaum cina


Pilihan utama ialah bulu kemerahan, balung sikat dan keting kuning

Yang kurang dapat sambutan ialah badan warna hitam, badan bertompok putih, balung ala siam, dan keting warna gelap/hitam

pelbagai jenis ayam kg yg di ternak dan di biak baka pada masa sekarang.












No comments:

Post a Comment

BAKA SAIGON

BAKA SAIGON